Aug 26, 2009

duit raya terlebih pulak camana nih

Raya taun ni aku rasa macam pemurah sgt...so kepada siapa2 tak cukup duit nak bagi duit raya utk dibagi kat anak2 buah ke...leh la singgah rumah aku, amik kat stor aku berapa korang nak amik la. syarat utama posa kena cukup tu jek


Aug 20, 2009

cara2 pegang tiang masa LRT / monorail bergerak!

Cara2 terbaik untuk memegang semasa anda naik LRT ke monorail ke Komuter.. takut jatuh plak kang kalo train tetiba brek :p





err.. tolong refer kat pakcik tua tu ye utk cara yang betul!!!



.

Aug 18, 2009

pengetahuan am darjah lapan

- Pengetahuan AM -

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang tgh membaca artikel ini ..tidak berbunyi tapi busuk.

Aug 11, 2009

pic kena rogol dengan 7 jantan keparat! apa nak jadi ish2

PETALING JAYA – Selepas terkejut dengan kisah seorang pelajar ketagih seks di kandang kambing di Jenderam Hulu,Sepang Rabu lalu, polis semalam membongkar pula kes seorang lagi pelajar yang sanggup menjalinkan hubungan seks dengan tujuh lelaki.

Lima daripada tujuh lelaki yang merogol mangsa berusia 16 tahun dan dikatakan merupakan rakan sekolah mangsa yang berusia 15 tahun.

Hubungan intim antara mangsa dan ketujuh-tujuh lelaki itu didakwa telah berlanjutan sejak awal bulan ini.

Mangsa dikatakan membiarkan dirinya dirogol oleh ketujuh-tujuh suspek itu di dua buah rumah di Sungai Buloh dekat sini ketika dia ponteng sekolah. Dua buah rumah itu dipercayai rumah sewa kepada suspek-suspek itu.


Berikut adalah gambar dari fail polis yang telah tersebar luas di internet..










hehehe..seekor lagi tukar amik gambo

Aug 8, 2009

berbaloi - baloi kuasa lapan

last weekend Augsut 1st 2009 aku pegi tengok konsert Search di awan biru kat Padang Ekuestrian, Bukit Kiara. bajet pegi kul 6, tapi kul 7 baru gerak, pastu ada roadblock plak kat mana2 pasal isa tu, dekat kul 8 baru la sampai n parking.

entrace to the arena, pack giler, ramai org jual makanan n air, n baju2 good bisnes dorang nih..

awek celcom jual prepaid phewwwittt ..


830 pm, org da ramai, show lom start lagi nih, still ada space lagi, bila dah start dalam pukul 930pm..nak pusing badan pun tak bleh, pack gila.. yg ni dalam area depan stage, sapa yg beli tiket seratus lebih or pelanggan celcom blue dapat masuk blue zone nih, ntah camane aku boleh menyelit dalam ni hehe..

yeah... layan amy layan..

memandangkan aku masuk dalam kawasan blue zone, dapat la menyelit sampai depan amik gamba yg clear, video pun byk aku amik, buat simpanan sendiri..


suara amy mmg tetap maintain mcm dulu, cayala, syok nyanyi ramai2 every lagu yg dia bawak, except ada satu lagu yg dia tribute kat loloq, semua orang tak penah dengar. lagu lain semua layan kepala.. antara lagu yg aku ingat dia bawak isabella, fantasia bulan madu, menara kesesatan, pawana, pelesit kota, isi dan kulit, gadisku, n byk lagi tak ingat aku nak recall balik..


brader cameraman rilex jek, kiri kanan dorang taruk skrin gergasi, so sapa2 kat belakang boleh la nampak gak, mbr kat belakang jauh sgt sian dia, tengok dari jauh ler, dia kata crowd ramai gak, estimated dekat 50,000 gak kot.

show dah habis, near 1am, bulan pun dah biru tu.. lepak dulu tepi jalan kasi hilang traffic jam, makan kebab, baru chow. kesimpulan nya, puas aku hati gak la, tengok amy nyanyi, kid n hillary goreng, yazid pun layan.. besok nya satu hari sakit telinga berdengung, tengkok sakit headbanging, pinggang sakit sebab berdiri 5 jam heheh.. zzzzZZZ..

Aug 7, 2009

kisah benar, baca doa sebelum masuk toilet!

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dapat dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam minggu. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Peristiwa ini terjadi di Balai Polis Batu Kikir. Pada hari tu aku baru balik dari rumah mayat Hospital Besar utk mengenal pasti satu mayat yang menurut doktor rumah mayat, adalah Manisah, seorang perempuan yang kurang siuman yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yang melaporkan kehilangan Manisah kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sarjan Hassan terpaksa mengambil cuti tergempar kerana kekasihnya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yang bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yang bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. "

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke balai dan mungkin ada di
kamar mandi.

Aku pun menjerit "Hei Dol, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku.. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokkan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............
diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... bulu2 roma ku mula naik dan tidak semena2 badan ku terasa sejuk ..aku pandang ke tepi, ke belakang dan ke bawah tetapi tiada apa pun yang ku nampak lalu ku lihat ke atas dan dari pandangan sisi tepi mata kelihatan ada sesuatu di atas tepi dinding bilik air
dan ?????



den pon tergolak sorang2


"Cilako punyo perfume dispenser" buat den suspend yorrrrr...

rasakan...

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni gay dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

hahah :p

betul ke?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
8. Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah'flutterby' ..
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak
di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk- penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun
untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa( 10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)