Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

May 17, 2011

Makan2 - Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor

Cuti Wesak pegi pekena ikan bakar jap, asik pegi muara ikan bakar klang jek boring pulak, so aku try la pegi Jeram, tempat tak jauh dalam 5km dari pekan Kapar, sampai sana hujan la plak orang tak ramai dalam pukul 6 ptg.  So tempat dia agak best gak la..coz ngam2 tepi laut, pemandangan cantik.






summary



Lokasi - Aroma Ikan Bakar, Jeram, coordinate 3.224324 101.305463
Menu yg diorder - Makan 2 orang,
                             Ketam Masak Cili x2,
                             Udang goreng tepung x6,
                             Ikan bawal masak Tauchu x1
                             Ikan Kembong Bakar x1
                             Fresh oren, Bali panas                            
Harga - RM59.70
Rasa - Ok la not bad, 7/10 bintang
OK - Ikan bakar rasa agak sedap, menu lain ok ok jek. tempat selesa banyak meja, ruang parking pun banyak
KO - Hujan waktu dah sampai, atap bocor. Tisu untuk lap tangan tidak disediakan

Waktu hujung minggu ramai orang datang tempat ni, so maybe diorang boleh besar kan lagi tempat n meja makan.

Mar 9, 2011

makan2 - Restoran Saba cyberjaya

During lunch hour weekdays pegi jap cyberjaya coz member nak merasa makanan arab yang di masak oleh orang arab, so salah satu tempat yg kitorang tau ialah restoran Saba kat cyberjaya.  Nak pegi tempat ni senang jek..cari kat mana street mall or stesen bas cyberjaya, area ni opposite dat place.

summary


Lokasi - Cyberjaya
Menu yg diorder - Hanith Lamb + Beriyani + Watermelon juice
Harga - RM17.00 + air RM5.00
Rasa - Sedap, pasti datang lagi
OK - Daging kambing dia teramat la lembut senang nak makan. Harga medium xde mahal sangat n takdela murah coz susah nak cari makanan yang betul2 arab yang arab masak dengan stail arab ye tak.
KO - Tempat duduk tak cukup n tak berapa selesa.
Disamping tu kitorang ada jugak order shawarma (takde dalam gamba). Menu lain termasuk kebab, lamb kabshah, nasi mandy hadramawt, shukshah, dan pelbagai nama menu arab yg pelik2. Beer arab (Barbican) yang takde alcohol pun ada.

Hanith Lamb (Kambing di balut ngan kertas timah pastu di bakar) + Beriyani nasi panjang yg lembut

Tempat bayar

Feb 20, 2011

makan2 - nasi lemak village park uptown

Petang sabtu lepas pegi Tropicana mall, rasa lapar plak, lapar nasi lemak teringat plak kat uptown byk kedai makan. So singgah kejap kat restoran Village Park. Order nasi lemak ngan ayam goreng, minum teh o jek. Btw tempat ni halal, owner dia cina muslim.  Rasanya bagi penggemar nasi lemak tempat ni dah well known kot. Siap ade gamba2 celebrity yg dtg situ..Tun Dr Mahathir pun ada.

summary
Lokasi - Uptown Damansara, sebelah kedai basikal joo ngan
Menu yg diorder - Nasi Lemak + Ayam goreng + teh o panas
Harga - RM7.00 + air tak ingat harga
Rasa - Sedap, pasti datang lagi, lagi ok dari rasa kat restoran Nasi Lemak Cikgu rasanya
OK - Sambal nasi lemak sedap, ayam goreng saiz quarter rangup, tempat selesa, servis pantas
KO - Tak murah. Dengan harga rm7 nasi lemak ayam dia sikit sangat, patut nasi kena lebih sikit, lupa lak nak mintak nasi tambah hehe

Village park

Nasi lemak, dah makan baru ingat nak snap pic

 teh o jek

senarai menu dan harga

Jan 30, 2011

Makanan untuk menurunkan paras kolestrol

Tips Makanan2 yang boleh membantu menurunkan Kolestrol...



1. Kuaci -Kaya Kandungan Zat besi.Zat besi boleh turunkan kadar Kolestrol LDL(Jahat). Kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari mempunyai kadar Zat Besi yang lebih tinggi.
2. Epal- Memakan sebiji Epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Ia menstabilkan kandungan zat & mencegah lemak dalam badan. epal hijau lagi bagus...

3.Oat-Serat mudah larut didalam Oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

4.Soya- Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Mampu menghindarkan penyakit Jantung & diabetis. Kaya dengan Kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak LDL dan meningkatkan kadar lemak HDL (Baik)
5.Kacang Tanah - Kacang yang dipanggang kaya dengan lemak HDL dan Vitamin E.

6.Jambu Batu - Mampu menurunkan kolestrol sebanyak 18.8%. Disyor mengambil 400g jambu batu sehari. Bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang. Vitamin C didalam 100g Jambu batu sama dengan 2.5 bili Lemon.
7.Buah Kering-Banyak jenis buah keribng, tetapi limau dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak jahat.

8.Kiwi-Mengandungi banyak Vitamin C yang mencegah lemak Jahat.
9.Kismis-Membantu menurunkan 8% kolestrol dalam darah.Pada yang inginn menurunkan berat badan, makan 400g sehari.

10.Ikan Tuna-Mengandungi sumber asid lemak Omega 3 yang khusus melindungi tubuh dari lemak LDL. Ikan Keli pun sama.

Jan 9, 2011

makan2 - Noodlestation


Penat shopping kt midvalley, makan jap kat noodlestation. Order tomyam fried mee and normal fried mee.. rasa so so la, but lepas makan..sakit perut huhu..tobat tak pegi dah..


makan2 - Bagan lalang

try pegi Bagan Lalang Sepang makan2 seafood..org kata sedap, saturday evening pegi sana 5pm from klang, sampai dalam 630pm coz jamm ikut lori. Banyak kedai makan sana, pegi kedai paling hujung.. HM Sri Bagan

summary

Lokasi - Bagan lalang, tepi laut, near Hotel Seri Malaysia
Menu yg diorder - Ikan 2 ekor, Ketam, Sotong, Udang Kertas, ala2 leper, ala2 yg macam buluh tu
Harga - RM 300++ (7 org makan)
Rasa - Sedap
OK - Tempat luas, parking senang, meja banyak, ada surau. pemandangan cantik tepi pantai
KO - Agak mahal, Servis terlalu amat slow, dorang kena tambah dapur ngan tukang masak patutnya

 

Parking pun senang tempat parking luas


Sampai2 terus pilih lauk n order nak masak apa


dapur masak
tunggu masakan nak siap masak agak lama, bukan agak lama..lama gila jugak ... tolak markah, tapi rasa makanan sedap..tambah balik markah


nyum2.. udang kertas, ketam, tomyam sotong, ala2, ikan, etc etc..

Rasa lauk agak ok, so tak sia2 pergi, cuma harga agak mahal, mahal dari Muara ikan bakar di klang. Tapi ok la saja cuba try test. Maybe next time pegi Bagan lalang akan cuba kedai2 yang lain, orang kata lagi murah n also sedap. Kedai hujung tu maybe mahal sebab dah glamer kot.

Mar 11, 2009

Pisang goreng cicah kuah kicap

dah lama aku cari resepi kuah kicap ni. Bagi org johor or sapa yg penah pegi johor tau le. masa skolah kat kluang dulu, selalu aku beli pisang goreng, mesti dapat kuah kicap skali buat cicah pisang..nyum nyum

recipe kuah kicap utk pisang goreng!
cili padi + bwg putih + gula di tumbuk! then masukkan kicap! settle

.

Mar 9, 2009

nak makan ketupat sotong

aku nak makan ketupat sotong.. beras pulut siam kat umah tu rugi jek biar lama2.. makan makan makan

resepi
bahan- beras pulut, sotong, halba,batang lidi kelapa dipotong, halia, gula, garam

cara2
rendam pulut ngn santan cair 5 minit
sotong tuh buang kulit dia, smpai nmpk putih
pastuh da bersih,sumbat sotong tuh ngn pulut tadi
rebus sotong tuh ngan santan cair
biar dia masak kan pulut kat dlm
baru masuk kn lam santan pekat n masuk kn halba
pas tuh ltk la garam, halia, garam gula secukup rasa
sotong tuh pas sumbat ngn pulut, cucuk ngn lidi
Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel.
Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

bla bla bla..mcm leceh jek..order mee goreng mamak la senang :p