Mar 7, 2013

May 17, 2011

Makan2 - Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor

Cuti Wesak pegi pekena ikan bakar jap, asik pegi muara ikan bakar klang jek boring pulak, so aku try la pegi Jeram, tempat tak jauh dalam 5km dari pekan Kapar, sampai sana hujan la plak orang tak ramai dalam pukul 6 ptg.  So tempat dia agak best gak la..coz ngam2 tepi laut, pemandangan cantik.






summary



Lokasi - Aroma Ikan Bakar, Jeram, coordinate 3.224324 101.305463
Menu yg diorder - Makan 2 orang,
                             Ketam Masak Cili x2,
                             Udang goreng tepung x6,
                             Ikan bawal masak Tauchu x1
                             Ikan Kembong Bakar x1
                             Fresh oren, Bali panas                            
Harga - RM59.70
Rasa - Ok la not bad, 7/10 bintang
OK - Ikan bakar rasa agak sedap, menu lain ok ok jek. tempat selesa banyak meja, ruang parking pun banyak
KO - Hujan waktu dah sampai, atap bocor. Tisu untuk lap tangan tidak disediakan

Waktu hujung minggu ramai orang datang tempat ni, so maybe diorang boleh besar kan lagi tempat n meja makan.

Mar 15, 2011

The Straddling Bus

Dari buat LRT baru baik buat ni..

Shenzhen Huashi Future Parking Equipment tengah plan nak mengatasi kesesakan dengan buat bas yang guna jalan sedia ada..setiap bas boleh angkut 1200 orang pada satu2 masa, pastu kereta pun boleh lalu kat bawah dia. Very innovative
The Straddling Bus

Mar 9, 2011

makan2 - Restoran Saba cyberjaya

During lunch hour weekdays pegi jap cyberjaya coz member nak merasa makanan arab yang di masak oleh orang arab, so salah satu tempat yg kitorang tau ialah restoran Saba kat cyberjaya.  Nak pegi tempat ni senang jek..cari kat mana street mall or stesen bas cyberjaya, area ni opposite dat place.

summary


Lokasi - Cyberjaya
Menu yg diorder - Hanith Lamb + Beriyani + Watermelon juice
Harga - RM17.00 + air RM5.00
Rasa - Sedap, pasti datang lagi
OK - Daging kambing dia teramat la lembut senang nak makan. Harga medium xde mahal sangat n takdela murah coz susah nak cari makanan yang betul2 arab yang arab masak dengan stail arab ye tak.
KO - Tempat duduk tak cukup n tak berapa selesa.
Disamping tu kitorang ada jugak order shawarma (takde dalam gamba). Menu lain termasuk kebab, lamb kabshah, nasi mandy hadramawt, shukshah, dan pelbagai nama menu arab yg pelik2. Beer arab (Barbican) yang takde alcohol pun ada.

Hanith Lamb (Kambing di balut ngan kertas timah pastu di bakar) + Beriyani nasi panjang yg lembut

Tempat bayar

Mar 6, 2011

Yonex Voltric 70



 
 
Tadi petang survey racket badminton, rasa dah boring pakai raket Yonex Muscle Power Limited Edition (Muscle Power 99), so cari racket yang bagus untuk smash since slalu main double. Tengok kat kedai Badminton Klang (jalan meru sebelah Klang parade) ada racket baru, Yonex Voltric 70, Harga rm700 after less RM550. Teruja jugak ..hurmmm pikir2 dulu...nak beli ke tak


Kalau tak silap racket ni akan replace the old ArmorTrec series. So far tak ramai player pakai rakcet ni lagi, Chong Wei pakai Armortrec, Taufik and Peter Gade pakai Arcsaber Z and 10 respectively. So tak banyak input boleh dapat mengenai raket Voltric ni. Tapi yang paling obvious bila feel racket ni memang 'kepala' racket ni berat..power untuk smash. Better untuk play doubles kot more than singles.

Serba sedikit mengenai raket Voltric 70 ni

The stiff racket structure at the top of the frame head allows the head to bend in a very controlled way and hold shuttles on the string bed for a longer time. The thin frame side then allow the frame to flex more and transfer more energy to the shuttle. This combination allows you to smash with instant power. This racket is designed to players seeking for a combination of power and control with a head heavy balance.

Made with TriVoltage System that combines power smashes with a heavy head weight and is easier to manipulate.

YONEX VOLTRIC 70 FEATURES:

POWER: 5% increase in smashing power. The two and ten o'clock positions of the VOLTRIC frame are formed with a stiff structure that maximizes the bending power of the head. The side of the frame is thinner allowing the frame to bend more. These two characteristics work together to transfer maximum energy to the shuttle, allowing the player to unleash heavy power smashes.

AGILITY: The Control Support Cap provides 88% wider flat surface compared with an ordinary racquet for easy gripping, fast swing-through and the quickest manoeuvrability. Moving some of the weight at the top of the frame tot the T-Joint area removes any unbalanced feeling while retaining flexibility at the head allow free and smooth handling.

SOUND FILTER: Built into the VOLTRIC racquet. A strong and powerful sound is created on impact, encouraging more aggressive play and making hitting more comfortable.

BUILT IN T-JOINT: Moulded deep into the layers of graphite where the frame connects with the shaft, the YONEX built-in T-Joint creates a durable and high-strength one-piece frame that is torque-free.

* Flex: Stiff
* Frame Composition: H.M. Graphite, Sound Filter, Tungsten
* Shaft Composition: H.M. Graphite, Ultra PEF
* Weight: 4U (80-84.9g)
* Grip Size: G4 (10mm longer grip shaft)

Feb 20, 2011

makan2 - nasi lemak village park uptown

Petang sabtu lepas pegi Tropicana mall, rasa lapar plak, lapar nasi lemak teringat plak kat uptown byk kedai makan. So singgah kejap kat restoran Village Park. Order nasi lemak ngan ayam goreng, minum teh o jek. Btw tempat ni halal, owner dia cina muslim.  Rasanya bagi penggemar nasi lemak tempat ni dah well known kot. Siap ade gamba2 celebrity yg dtg situ..Tun Dr Mahathir pun ada.

summary
Lokasi - Uptown Damansara, sebelah kedai basikal joo ngan
Menu yg diorder - Nasi Lemak + Ayam goreng + teh o panas
Harga - RM7.00 + air tak ingat harga
Rasa - Sedap, pasti datang lagi, lagi ok dari rasa kat restoran Nasi Lemak Cikgu rasanya
OK - Sambal nasi lemak sedap, ayam goreng saiz quarter rangup, tempat selesa, servis pantas
KO - Tak murah. Dengan harga rm7 nasi lemak ayam dia sikit sangat, patut nasi kena lebih sikit, lupa lak nak mintak nasi tambah hehe

Village park

Nasi lemak, dah makan baru ingat nak snap pic

 teh o jek

senarai menu dan harga

Jan 30, 2011

Makanan untuk menurunkan paras kolestrol

Tips Makanan2 yang boleh membantu menurunkan Kolestrol...



1. Kuaci -Kaya Kandungan Zat besi.Zat besi boleh turunkan kadar Kolestrol LDL(Jahat). Kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari mempunyai kadar Zat Besi yang lebih tinggi.
2. Epal- Memakan sebiji Epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Ia menstabilkan kandungan zat & mencegah lemak dalam badan. epal hijau lagi bagus...

3.Oat-Serat mudah larut didalam Oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

4.Soya- Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Mampu menghindarkan penyakit Jantung & diabetis. Kaya dengan Kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak LDL dan meningkatkan kadar lemak HDL (Baik)
5.Kacang Tanah - Kacang yang dipanggang kaya dengan lemak HDL dan Vitamin E.

6.Jambu Batu - Mampu menurunkan kolestrol sebanyak 18.8%. Disyor mengambil 400g jambu batu sehari. Bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang. Vitamin C didalam 100g Jambu batu sama dengan 2.5 bili Lemon.
7.Buah Kering-Banyak jenis buah keribng, tetapi limau dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak jahat.

8.Kiwi-Mengandungi banyak Vitamin C yang mencegah lemak Jahat.
9.Kismis-Membantu menurunkan 8% kolestrol dalam darah.Pada yang inginn menurunkan berat badan, makan 400g sehari.

10.Ikan Tuna-Mengandungi sumber asid lemak Omega 3 yang khusus melindungi tubuh dari lemak LDL. Ikan Keli pun sama.

Jan 23, 2011

cuti2 malaysia - The Legend international waterhomes Port Dickson

went to Port Dickson earlier this month for a break, surfing the web looking for suitable hotel and found that this hotel the legend international waterhomes have private swimming pool for every chalet, so i booked a chalet (executive type) just after the school holiday finished. Previously i was thinking about taking the standard chalet because of the cheaper rate, but the swimming pool is just 10x10 ft, so took the bigger chalet which has 10x20ft pool.  Overall i was really satisfied with the quality of the room, very big, clean, food is good too. The best is of course the private pool, no outside interference, no need to share like outside hotel swimming pool, can swim and relax as long as i can.... asked the staff, they told me the hotel is just about 1 year old, so no wonder most of the thing is looking quite new and modern in design. Apart from relaxing at the chalet i went to go around the PD town, the lighthouse at tanjung tuan, the Army museum and public beaches, for dinner went to stalls at benteng malam in PD town. The next day relax again in the pool and went back to KL in the evening.  Next trip to PD i might stay again at this hotel or try Avilion perhaps.

apart from water chalets, they also have limited normal hotel room with private pool

 water chalets
 the pool..nice

2 queensize bed. can see the sea beneath my feet from the glass
 
 walkway along the kitchen towards the bathroom, can jump into the pool from the kitchen also hehe..
 night view
 sunset from the chalet balcony ^_^

the kitchen

Jan 17, 2011

kawin dengan eiffel tower, diri sendiri dan bantal

Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia



Manusia yang telah diberi akal fikiran untuk berfikir tetapi ada juga yang tidak menggunakan akal sebaik-baiknya. Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia.


Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.




Pernikahan Dengan Diri Sendiri


Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan. pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.



Pernikahan Dengan Bantal


Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun. Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

B E N G O N G !!!


Jan 12, 2011

Rahsia punggung, yang mana satu anda?

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??




1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.



2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.



3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.



4. Besar

Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.



5. Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.