May 26, 2009

firasat nombor dalam kehidupan

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb,

10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana

bulan, anda adalah no.1


Kalau anda dilahirkan pada 2Hb,

11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana

bulan, anda adalah no.2


Kalau anda dilahirkan pada 3Hb,

12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana

bulan, anda adalah no.3


Kalau anda dilahirkan pada 4Hb,

13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana

bulan, anda adalah no.4


Kalau anda dilahirkan pada 5Hb,

14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,

anda adalah no.5


Kalau anda dilahirkan pada 6Hb,

15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,

anda adalah no.6


Kalau anda dilahirkan pada 7Hb,

16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,

anda adalah no.7


Kalau anda dilahirkan pada 8Hb,

17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,

anda adalah no.8


Kalau anda dilahirkan pada 9Hb,

18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,

anda adalah no.9



no.1

----

Anda sangat cerdik, jujur, lucu,

degil, rajin, terus-terang, cemburu

dalam asas pertandingan, baik hati,

peramah dan autoriti. Anda ingin

mendahului dalam apa jua keadaan.

Anda seorang yang berdikari,

berkeyakinan dan tidak pernah

berada di bawah pimpinan orang

lain. Anda akan bercinta dalam usia

yang muda tapi akan berkahwin pada

usia yang matang. Anda tidak suka

akan orang yang bertentangan

pendapat dengan anda. Malah anda

juga menyimpan dendam dengan orang

yang bersalah dengan anda. Anda

seorang yang kuat belanja. Pada

masa hadapan anda adalah

professional dalam kerjaya yang

anda ceburi. Namun terdapat juga

orang yang kecil hati dengan

pencapaian anda. Anda mempunyai

keluarga yang bahagia. Pasangan

ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2

----

Tak kira apa pun, anda akan disukai

oleh semua orang kerana anda

berperanankan Bulan dan semua orang

suka akan bulan. Em...bagus! Anda

suka bermimpi siang. Anda kurang

berkeyakinan terhadap diri sendiri.

Jadi and perlu membuat perubahan ke

atas hidup anda. Anda adalah

seorang yang sukar diramal kerana

anda membuat perubahan berdasarkan

masa dan keadaan. Anda juga seorang

yang mementingkan diri sendiri

tetapi and mempunyai bakat dalam

muzikal, seni dan komunikasi lisan.

Sikap anda seperti bulan yang

datang keredupan dan pudar jadi

semua orang boleh mengetahui

perubahan anda. Anda boleh menjadi

Mahatma Gandhi yang kedua kerana

cinta akan keamanan. Anda juga

seorang yang bertanggungjawab dalam

keluarga. Pasangan ideal anda

adalah no.2, 5, 9.


no.3

----

Anda adalah seorang yang berhati

keras, pentingkan diri sendiri,

kuat agama dan suka untuk

mempertingkatkan kehidupan sendiri.

Anda mempunyai masalah keluarga dan

anda dapat mengharungi dengan

kesabaran anda. Anda sangat pandai

bercakap, wajah yang cantik, jadi

ke mana saja anda pergi anda akan

dapat apa yang anda inginkan.

Daripada hari lahir anda, anda

perlu berkerja keras untuk berjaya.

Anda juga seorang yang menghormati

orang yang lebih tua daripada anda.

Bukannya senang nak menjalinkan

hubungan sama ada percintaan,

kekeluargaan atau persahabatan.

Sekiranya anda suka akan sikap

seseorang itu, maka hubungan itu

akan berpanjangan. Anda suka akan

kebebasan, pencipta di mana ada

anda akan membawa harapan,

kegembiraan dan keceriaan ke dunia

ini. Pasangan ideal anda adalah

no.6, 9.


no.4

----

Anda adalah seorang yang amat degil

dan rajin. Mungkin anda akan

menjauhkan orang lain daripada anda

kerana kata-kata anda. Anda seorang

yang bertimbang rasa akan masalah

orang lain. Anda berbakat dalam

penyelidikan dan seni. Anda akan

membantu ahli keluarga atau

kawan-kawan yang menghadapi masalah

tanpa berfikir panjang. Anda kena

berhati-hati dengan orang

sekeliling anda kerana mereka

mungkin akan mempergunakan anda.

Kawan-kawan anda akan menghabiskan

masa dan wang ringgit anda dan

selepas itu menjauhi daripada anda

apabila anda dah tak ada nilai buat

mereka lagi. Walau bagaimanapun

anda tetap seorang yang sabar dan

tegas. Pasangan ideal anda adalah

no.1, 8.


no.5

----

Anda sangat popular dalam komuniti.

Anda boleh menyelesaikan sesuatu

perkara hanya secara lisan. Anda

mempunyai akal fikiran dalam

menjalani perniagaan. Namun anda

terlalu terburu-buru. Anda adalah

seorang yang humor di kalangan

kawan-kawan dan ahli keluarga.

Kawan-kawan dan ahli keluarga anda

juga akan minta bantuan anda

apabila mereka memerlukan bantuan.

Anda bukan seorang yang setia dalam

hubungan percintaan. Anda suka

perubahan dan kebebasan. Anda

mempunyai ciri-ciri seorang

pengembara dan ahli silap mata.

Anda mempelajari hidup melalui

pengalaman. Pasangan ideal anda

adalah no.1 , 2, 9.


no.6

----

Anda dilahirkan untuk menikmati

hidup ini. Anda tidak pedulikan

apa-apa perkara dan hanya ingin

berseronok dalam hidup anda saja.

Anda sangat pandai dalam pelajaran

dan pengurusan perniagaan. Anda

seorang genius, baik hati (tapi

hanya orang yang beranggapan anda

orang baik), mempunyai paras rupa

yang cantik atau kacak. Semua benda

yang baik akan datang pada anda.

Anda mengambil berat ke atas ahli

keluarga dan kawan-kawan anda. Pada

pandangan mereka, anda adalah

seorang yang murah hati, peramah,

adil saksama dan mempunyai

penilaian yang tajam. Pasangan

ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7

----

Anda mempunyai daya tarikan kepada

sesiapa saja. Anda adalah seorang

yang realistik, yakin, gembira dan

merupakan seorang yang genius dalam

bidang pendidikan, muzik, seni dan

nyanyian. Anda mempunyai masalah

sikap iaitu panas baran. Namun

demikian, anda banyak melakukan

pengorbanan untuk keluarga. Anda

meletakkan keluarga di tempat yang

amat tinggi sekali sehingga

kadang-kadang mengabaikan

kebahagian diri sendiri. Anda telah

dilahirkan untuk memberi sumbangan

kepada dunia ini. Jadi anda seorang

yang bagus dan seorang yang amat

gembira. Pasangan ideal anda adalah

no.2.


no.8

----

Anda mempunyai personaliti yang

sangat kuat jadi tak ada orang yang

memahami anda. Kepakaran anda

hanyalah menuding jari pada sesuatu

benda. Anda juga mengalami pelbagai

dugaan dalam hidup. Semua masalah

ini telah menjadikan anda lebih

kuat dan tabah. Anda memperjuangkan

keadilan. Kebanyakan masa anda

telah dihabiskan bersama-sama

dengan kawan-kawan. Anda seorang

yang disiplin dalam hidup, tidak

putus asa dan berani. Faktor-faktor

ini telah membawa anda ke puncak

kejayaan. Anda juga adalah seorang

ahli pasukan, keluarga dan pejuang

yang sangat bagus. Pasangan ideal

anda adalah no.1, 4.


no.9

----

Anda adalah seorang yang sangat

tabah dari segi fizikal dan juga

mental. Anda mempunyai penilaian

yang sangat tajam. Anda juga adalah

seorang yang sangat dihormati dalam

komuniti. Anda adalah orang yang

boleh menerima cabaran dan berjaya

dalam apa jua yang anda buat. Pada

usia yang muda anda selalu

bertentangan dengan ibu bapa anda.

Tapi apabila usia anda telah

semakin meningkat anda adalah

seorang anak yang taat dan hormati

mereka. Anda sesuai menceburi bigan

kejuruteraan atau perbankan kerana

orang lain percaya dan yakin akan

anda. Anda merupakan model teladan

kepada orang lain. Pasangan ideal

anda adalah no. 3, 5, 6.

2 comments: