Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru.
Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka,
Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah
memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie.
Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada
yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup
pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya
yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik
bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo
meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari
kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng
kepala oleh si Anita Mui tadi.
Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms.
Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya
dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu
Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".
Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...
wekk!!
ReplyDelete