Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dapat dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.
Malam itu, malam minggu. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.
Peristiwa ini terjadi di Balai Polis Batu Kikir. Pada hari tu aku baru balik dari rumah mayat Hospital Besar utk mengenal pasti satu mayat yang menurut doktor rumah mayat, adalah Manisah, seorang perempuan yang kurang siuman yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yang melaporkan kehilangan Manisah kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...
Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sarjan Hassan terpaksa mengambil cuti tergempar kerana kekasihnya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.
Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yang bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yang bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...
Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. "
Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke balai dan mungkin ada di
kamar mandi.
Aku pun menjerit "Hei Dol, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.
Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku.. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokkan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.
Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............
diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...
Aku terpaku, tidak bergerak seketika... bulu2 roma ku mula naik dan tidak semena2 badan ku terasa sejuk ..aku pandang ke tepi, ke belakang dan ke bawah tetapi tiada apa pun yang ku nampak lalu ku lihat ke atas dan dari pandangan sisi tepi mata kelihatan ada sesuatu di atas tepi dinding bilik air
dan ?????
den pon tergolak sorang2
"Cilako punyo perfume dispenser" buat den suspend yorrrrr...
salam...
ReplyDeletecishh terkena den..ruponya pewangi..siut jerk..
same gak terkena plak...ingatkan ape tadi.
ReplyDeletehehehehe...pssstTT :)
ReplyDelete