Mar 16, 2009

a true story - takziah



Assalamualaikum kawan2.

Aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yg tak putus2
sms aku hari tu, korang memang best! Sekurang2nya sedih aku terubat
juga, walaupun anak aku tetap pergi sana.

Tarikh anak aku meninggal 23 Feb 2009 akan takkan aku lupakan. Anak
baru 4 bulan beb...Saja nak beri peringatan kpd kawan2 semua.

SAYANGI ANAK-ANAK KORANG!!!! tolonglah...

Adatlah budak2, nakal dan degil tu normal. Tak normal kalau dia tak
nakal. Nak ngajar biarlah bertempat, bukan balun semacam. Ingat, ajal
maut tak siapa tau. Mana tau elok lepas korang balun budak tu, dia
terus jatuh tangga ke, jatuh longkang ke sampai dia meninggal, kita
mak bapak jugak yang meraung sbb dia pergi tgh2 kita marah.Kalau
hantar anak ke pengasuh/nursery, jgn percaya 100% yang anak korang
akan dijaga dengan baik. Periksa latar belakang org yg jaga anak kita
tu. Ada sesetengah nursery guna buai lektrik, itu bahaya. Kenalan aku
kt sarawak, anak dia tgh fight dgn maut sbb otak bengkak dek kerana
buaian di nursery tu buai lektrik, dah di set supaya mengenjut tak
berenti.Penyudahnya tekanan pada otak sbb enjut berterusan. Baby tu
mungkin lumpuh, mungkin buta, atau pekak, atau semua sekali. Member
aku ni pun skrg meraung tak renti2. Umur anak dia sama macam arwah
anak aku, 4 bulan. Aku minta korang cek kt mana hidung anak korang
tiap kali tidur. Anak aku meninggal sebab lemas hidung tertekup tilam
di rumah pengasuh. Rasa dunia ni gelap gilerr. Tak dpt aku bayang
betapa seksanya dia masa dia tercungap2 tak boleh bernafas, dibiarkan
nangis sampai terputus nyawa!!! Sedih siottt. Sedih sebab pengasuh
anak aku buat tak tau masa dia menangis, buat remeh je. Pagi sblm
hantar anak aku dia ok, petang dah jadi jenazah. Umur 31 dah mandikan
jenazah anak, sembahyangkan jenazah anak, masukkan anak sendiri dalam
liang kubur!!!!! Tak tergambar hancurnya hati aku. Aku tak pernah
sangka ini akan akan jadi. Pesan aku pada korang, jangan ingat anak
kecik yg nangis sikit2 tu perkara remeh. Nangis je pegi tengok. Nangis
je pegilah tengok!!!!!! Takut korang tak sempat tengok dia hidup dah!!

Dahlah geng, aku tak larat nak buang air mata aku dah ni. Aku ada
attach gambar arwah anak aku. Gambar yang mula2 tu, aku tangkap pagi
dia meninggal 8.08 am, 7 jam sebelum aku ambil dari rumah pengasuh
dalam keadaan dah jadi jenazah. Yang lain2 tu gambar kubur arwah.
Isteri aku, anak2 aku semua tgh tabur daun pandan atas kubur.

Sayangilah anak2 korang. Semoga perkara yang sama tak berulang lagi kt sesiapa.
==========================
Moga kita semua beringat! Al-fatihah buat arwah..

10 comments:

  1. sedihlah baca article ni...

    ReplyDelete
  2. ish...seriously tak tau nak cakap macam mana, anak mati sbb salah sendiri atau salah org lain tak ada beza sakitnya.

    tapi, pengubatnya bila ingat itu semua dah ajal dia, semua dah pasti. anak kecil yg mati sbg saham ibu bapa di syurga kan?

    ReplyDelete
  3. takziah bro~
    kuatkan semangat kamo & family~
    baby yg suci & xde dosa lgsg tu akan bantu kamo di akhirat nti~
    InsyaAllah~

    ReplyDelete
  4. takziah? ini kisah benar anda ke?

    ReplyDelete
  5. sorry silap pemahaman, ni bukan kisah sy, dapat from email.

    ReplyDelete
  6. siot lu.. penat gua pikir bila masa bini lu beranak.. pastuh tiga lak tuh anak lu.. cis..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, mati2 saya ingat ni kisah benar awak.. tapi kan, walaupun bukan kesah awak, tetap menyedihkan.. kesian anak2.. :(

    ReplyDelete
  8. hehe sori2, lupa nak mention cite org lain, tapi sedih la kan, nak antar nursery pun bahaya skang, nak amik maid tinggal kat maid pun mcm2 jadi gak

    ReplyDelete
  9. Takziah..

    Aku akan simpan pesanan tu (sayangilah anak2)..

    ReplyDelete