Jan 10, 2011

kisah tauladan yang menyayat hati...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil


membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.



"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.



"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana

dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.



"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."



Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak

mereka yang comel dan manja.



"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"



"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni

abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya

tercinta.



Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.

Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan

isterinya, Liza.



"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.



Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama

keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk

segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda

Civicnya mula memecut.



Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga

betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang

sedang tidur.



"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari

tidurnya.



"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."



"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza

takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.



"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di

depannya tanpa was-was.



"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya

memotong bas ekspres tadi.



"Sudah la tu bang."



"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia

aaa...."



Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam

sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....



BAAANGGG!!!



"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka

matanya. Dia terlihat emaknya di situ.



"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah,

Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin

tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di

depan emaknya.



Emaknya memandang Usin tepat-tepat.



"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.



PANGGG!!!



Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin

terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?



"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu

la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"

emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....



...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!





Malu beb!!



Sekian Sahaje…



Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah

orang tersayang...

2 comments:

  1. Tertipu lagi... siot betul :)

    ReplyDelete
  2. Realiti: Berhati2 di jalan raya terutama semasa pulang ke kelantan especially jalan gua musang - kuala krai ya...

    ReplyDelete