Jan 13, 2009

Cerita Pelik Tapi Benar

Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
.
.
Cerita 2
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskanpertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........
.
.
Cerita 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
.
.
Cerita 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"
Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir."
Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?"
Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!"
.
.
Begitulah kisah sengal utk hari ini...

3 comments: